Accessibility Tools

Skip to main content

Februari 2015 Aktiviti 4

  • Peperiksaan Perangkawan Gred E41

    PUTRAJAYA, 6 Feb ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan peperiksaan online bagi jawatan Perangkawan Gred E41 yang diadakan pada Jumaat. Seramai 1,917 calon telah menduduki peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam dan berakhir 10.15 malam. Turut hadir menyaksikan perjalanan peperiksaan, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Timbalan Dato' R. Segarajah sementara pusat peperiksaan pada kali ini telah diadakan di Putrajaya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh S.P.A, keputusan akan diketahui pada Isnin Jam 12.00 tengah hari selapas Mesyuarat Suruhanjaya pada hari berkenaan. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 16

  • BERITA RINGKAS 25 Nov : Taklimat oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)

    PULAU PINANG, 25 Nov ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini hadir ke taklimat oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Taklimat satu jam setengah yang turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya itu adalah berkaitan dengan urusan pelantikan di jabatan tersebut. Turut hadir Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib

Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib

  • Fungsi/ Tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

    Perkara 144(1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa fungsi/tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah untuk:

    • Melantik;
    • Mengesahkan dalam perkhidmatan;
    • Memberi taraf berpencen;
    • Menukar;
    • Menaikkan pangkat; dan
    • Menjalankan kawalan tatatertib.

    ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan awam yang diliputi di bawah bidang kuasanya.

  • Bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

    Bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah meliputi perkhidmatan Awam berikut:

    • Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
    • Perkhidmatan Awam Bersama; dan
    • Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.
  • Objektif

    Objektif Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib adalah untuk melaksanakan segala tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berhubung kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib, meliputi urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.

  • Fungsi

    Melaksanakan segala urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.

    Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat:

    • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan.
    • Pegawai Kumpulan 'A', 'B' dan 'C' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang.

    Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat:

    • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan.
    • Pegawai Kumpulan 'A', 'B' dan 'C' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang.

    Menguruskan Kes-Kes Rayuan Tatatertib:

    • Semua kumpulan pegawai dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan yang dikenakan hukuman tatatertib oleh Lembaga Tatatertib Jabatan;
    • Pegawai Kumpulan 'A' yang dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat dan pegawai Kumpulan 'D' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang yang dikenakan hukuman buang kerja oleh Lembaga Tatatertib Jabatan.

    Menguruskan Urusan Kenaikan Pangkat:

    • Kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.

    Menguruskan Urusan Rayuan Kenaikan Pangkat:

    • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan;
    • Pegawai Kumpulan 'A' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Perlis;
    • Pegawai Kumpulan Sokongan gred 17 dan ke atas dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.
  • Piagam Pelanggan

    Kami berjanji untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab kami dengan cekap dan berkesan serta memastikan ianya menepati prinsip serta peraturan yang ditetapkan. Kami juga berjanji akan menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab kami di dalam tempoh seperti berikut dari tarikh menerima perakuan lengkap iaitu:

    • Urusan kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam - 2 minggu.
    • Prima Facie bagi kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dan tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan. - 4 minggu.
    • Tindakan tatatertib bagi kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dan tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan. - 4 minggu.
    • Tindakan tatatertib untuk kes-kes bagi pegawai disabitkan kesalahan jenayah di mahkamah atau dikenakan perintah tahanan dan sebagainya. - 4 minggu.
    • Tindakan tahan kerja atau gantung kerja bagi pegawai yang menghadapi pertuduhan atau disabitkan kesalahan jenayah atau perintah tahanan dan sebagainya. - 4 minggu.
    • Urusan rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat. - 8 minggu.
  • Senarai Undang-Undang dan Peraturan Berkaitan:

    • Perlembagaan Persekutuan.
    • Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957.
    • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
    • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993.
    • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Melaka (Pindaan) 2003.
    • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Pulau Pinang 1997.
    • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Sembilan 2006.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2005.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996.
    • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 1975.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1991.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989.
    • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996.
    • Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perluasan Bidang kuasa) 1959.

Continue reading

Oktober 2019 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 2 Okt ----- Perbincangan Prestasi Perbelanjaan SPA 2019

PUTRAJAYA 2 Okt ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman hari ini telah mengadakan perbincangan mengenai prestasi perbelanjaan SPA tahun 2019 bersama pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Turut hadir Setiausaha SPA, En. Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Ghazali Hizam. ----- MediaSPA

 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 6 Mac ----- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 Dan Sekalung Budi

PUTRAJAYA, 5 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPA Tahun 2016 dan Sekalung Budi yang diadakan di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Seramai 35 orang penerima APC telah menerima sijil penghargaan masing-masing yang disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Terdahulu dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri Arpah menyentuh mengenai pemilihan calon-calon APC iaitu harus mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan selain mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan. Pengerusi juga berasa amat berbangga dengan prestasi-prestasi yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai SPA sepanjang tahun 2016 dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah APC. Dalam majlis yang sama juga SPA turut meraikan 3 (tiga) orang Ahli Suruhanjaya SPA yang telah tamat tempoh perkhidmatan iaitu Puan Zuraidah Amiruddin, YBhg. Datuk Ir. Anjin Haji Ajik dan Tuan Haji Onn Haji Abdullah. YBhg. Tan Sri Arpah turut mengimbas kembali pencapaian SPA sepanjang tahun dan juga kenangan-kenangan bersama Ahli Suruhanjaya. YBhg. Tan Sri Arpah mengucapkan penghargaan kepada Ahli Suruhanjaya di atas segala jasa dan pengorbanan mereka sepanjang menjadi Ahli Suruhanjaya. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. --- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 5

  • Ketua Menteri Melaka Rasmi Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16


    MELAKA 7 Oktober ------ Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris Haji Haron hari ini telah merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Persidangan yang bermula hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah dan Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar. Terdapat tujuh (7) kertas kerja akan dibentangkan pada kali ini iaitu "Produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A" yang dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, "Memperkasakan Modal Insan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan" oleh Setiausaha SPP, YBhg. Dato’ Abu Bakar Othman, "Pelaksanaan Sistem Semakan Maklumat Individu" oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, "Pelaksanaan Tapisan Keselamatan bagi Penjawat Awam" oleh Pengarah Bahagian Tapisan Keselamatan, Tuan Haji Md. Yasin Husin dan "Assessing Integrity in Personel Selection: Methods, Underlying Constructs and Potential Applications in Malaysia" oleh MIMOS. Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membentangkan kertas kerja yang akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar yang diberi tajuk "Transformasi SPRM" manakala Jabatan Peguam Negara juga akan membentangkan kertas kerjanya iaitu "Prinsip-Prinsip Keadilan Asasi dalam Penjalanan Fungsi dan Kuasa Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Persidangan akan berakhir pada 10 Oktober 2013. ------  MediaSPA

 

 
 
 
 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 32

  • Persiapan Menghadapi Kejohanan Badminton JPM --- KBSPA tewaskan MBJB

    Johor Baru, 18 Nov  ------  Pasukan Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) menang setelah menewaskan pasukan badminton Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 7 – 4 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium tertutup badminton di Larkin semalam. Perlawanan turut disaksikan penaung KBSPA, Tan Sri Mahmood Adam dan Datuk Bandar MBJB, Tuan Haji Abd Rahman Mohamed Dewam. Ini adalah perlawanan persahabatan ke dua dalam tempoh seminggu terdahulu pada Ahad lepas pasukan badminton S.P.A menewaskan pasukan badminton Majlis Sukan Negara 5 - 3 yang diadakan di Johor Baharu. Perlawanan persahabatan ini adalah persiapan bagi KBSPA untuk menyertai kejohanan anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hujung bulan ini.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 17

  • BERITA RINGKAS 27 Nov : "Penjawat Awam diseru amalkan cara hidup sihat " Dato' Seri Arpah Abdul Razak

    PUTRAJAYA, 26 Nov ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru penjawat awam supaya mengamalkan cara hidup sihat kerana berupaya meningkatkan daya tumpuan dan fokus seseorang ke atas pelaksanaan tugasan seharian. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) di Putrajaya semalam. Katanya lagi “tubuh badan yang sihat, sudah tentu akan menyumbang kepada kecerdasan emosi dan pemikiran”. Turut hadir Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta warga S.P.A.. ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Bahagian Digital dan Informatik

Bahagian Digital dan Informatik

  • Objektif

    Membantu mempertingkatkan kecekapan urusan Suruhanjaya melalui penggunaan Teknologi Maklumat.

  • Fungsi

    Memberikan khidmat sokongan dalam bidang ICT kepada semua bahagian termasuk SPA Cawangan Sabah dan Sarawak.
     

  • Piagam Pelanggan

    Bahagian Digital dan Informatik bertanggungjawab untuk memberi khidmat komputer dengan cekap, tepat, selamat dan mengikut jadual. Untuk mencapai hasrat ini, kami warga Bahagian Digital dan Informatik dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan:

    • Memberi layanan khidmat komputer yang sempurna dan saksama kepada pengguna teknologi maklumat.
    • Menyedia dan menyenggara sistem aplikasi mengikut spesifikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui.
    • Menyedia panduan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan.
    • Menyedia perkhidmatan kemasukan data mengikut jadual yang dipersetujui.
    • Memberi khidmat bantuan dalam masa empat (4) jam kepada pengguna selepas menerima aduan melalui meja bantuan dan maklumat aduan/pembaikan akan direkodkan dalam Borang Aduan Kerosakan.
    • Memastikan data pengguna adalah selamat dan diakses oleh pengguna yang sah sahaja.
    • Memastikan pengguna diberi latihan penggunaan sistem aplikasi dan pendedahan asas tentang komputer.
    • Meningkatkan khidmat komputer yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.
  • Aktiviti Utama Bahagian Digital dan Informatik

    Aktiviti unit di Bahagian Digital dan Informatik adalah seperti berikut:-

    Unit Polisi dan Pengurusan ICT

    • Dasar dan Perancangan ICT
    • Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
    • Pelaksanaan MS ISO 27001:2013 Information Security Management System (ISMS)
    • Mengurus keselamatan ICT SPA


    Unit Pangkalan Data & Sokongan Teknikal

    • Merekabentuk pangkalan data
    • Mentadbir/mengurus pangkalan data sistem eSMSM, eSPDM dan SISPEK
    • Pengawalan keselamatan pangkalan data
    • Penyelenggaraan Sistem Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset (AMMS)


    Unit Operasi Pusat Data dan Rangkaian dan Keselamatan

    • Menyediakan jadual penyenggaraan perkakasan dan perisian sistem
    • Perancangan luar jangka keselamatan komputer
    • Merancang & mereka bentuk sistem rangkaian
    • Mentadbir & mengurus sistem rangkaian
    • Menyedia & mengemaskini dokumentasi sistem rangkaian
    • Menyelia tatacara penyenggaraan


    Unit Portal dan Multimedia

    • Mengurus dan mengemaskini maklumat Portal SPA
    • Menyedia dan menguruskan kemudahan Intranet dan Portal SPKP
    • Membangunkan aplikasi multimedia dan kiosk
    • Mengurus dan mengemaskini Intranet SPA
    • Penyelenggaraan Sistem Semakan Online
    • Penyelenggaraan Sistem Maklumat Kakitangan (eStaff)
    • Penyediaan bahan grafik dan montaj


    Unit Aplikasi Pengambilan, Perkhidmatan dan Generik

    • Mengurus, merancang dan melaksana semua sistem aplikasi, keperluan integrasi dan kitar hayat sistem aplikasi merangkumi pembangunan, pengujian, penggunaan, penyelenggaraan, permohonan perubahan dan mengenalpasti keperluan latihan melibatkan sistem teras dan sistem sokongan SP
    • Memastikan prestasi aplikasi dan sistem yang optimum selaras dengan keperluan semasa
    • Memastikan integriti dan keselamatan aplikasi daripada eksploitasi dan risiko keselamatan yang lain
    • Memacu prototaip, kaedah baharu dalam penggunaan teknologi untuk memudahkan automasi dan penambahbaikan bagi pengoperasian urusan pengambilan dan perkhidmatan SPA
    • Memacu inisiatif strategik, inovasi dan kemampuan digital, automasi dan penambahbaikan proses serta budaya operasi digital SPA
    • Memastikan semua aduan/pertanyaan daripada pengguna sistem diambil tindakan dan direkodkan secara teratur dan tepat
    • Menyediakan laporan statistik bagi memenuhi keperluan stakeholder untuk membuat keputusan
    • Merancang dan melaksanakan Independent Verification and Validation (IVV) ke atas semua aplikasi baharu sebelum dilancarkan
    • Merancang, menganalisis, merekabentuk dan menguruskan integrasi dalaman dan luaran Gerbang API
    • Memastikan dokumentasi sistem dan aplikasi yang tepat dan terkini


    Unit Pentadbiran Am

    • Kewangan
    • Bajet
    • Surat-menyurat dan sistem fail
    • Personel
    • Latihan
    • Inventori peralatan pejabat

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7 Bagi Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 555 orang dan seramai 1,208 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 6

  • Lawatan Rasmi Peserta Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke 16


    MELAKA, 9 Oktober ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini bersama peserta Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat lawatan kerja ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Sungai Baru, Melaka. Turut sama dalam lawatan kerja itu ialah Ahli-Ahli Suruhanjaya serta Pengerusi-pengerusi S.P.A Negeri. Taklimat mengenai ALAM telah disampaikan oleh Encik David Fredrick. Pengerusi S.P.A bersama rombongan juga turut dibawa melawat sekitar kawasan ALAM dan ke Pusat Simulator Akademi Laut Malaysia. Selesai sesi lawatan kerja di akademi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama delegasi telah membuat lawatan ke Karnival Kerjaya S.P.A yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah, Melaka. Karnival kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan adalah bersempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Pengerusi S.P.A bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya turut melawat booth pameran dan menyampaikan cenderamata kepada setiap kementerian/jabatan yang turut serta sebagai tanda kenangan. ------  MediaSPA

 

 
 
 
 

Continue reading

Februari 2015 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,666 orang dan seramai 1,144 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 
 

Continue reading

Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

  • Objektif

    Objektif Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat adalah untuk memberikan khidmat sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.

  • Fungsi

    Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat terlibat dalam urusan seperti berikut:

    • Pengukuhan SPA ke arah menjadi sebuah agensi peneraju dalam melantik penjawat awam yan terbaik;
    • Menyediakan dan memantau pelaksanaan pelan perancangan strategik untuk SPA;
    • Bertanggungjawab mengurus soalan-soalan dan jawapan-jawapan Parlimen sama ada dari Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara yang melibatkan SPA;
    • Melaksana dan memantau pelaksanaan dasar dan peraturan sedia ada; dan
    • Mengkaji dan menyelaras kajian-kajian yang dirancang dan dilaksanakan.
  • Piagam Pelanggan

    Memastikan hasil penyelidikan dan perancangan yang berkualiti serta memenuhi kehendak stakeholders/pelanggan dalam tempoh berikut:

    1. Kajian empirikal - enam bulan
    2. Tempoh kajian yang melibatkan pihak perunding bergantung kepada tempoh dalam terma kontrak
    3. Menyediakan draf jawapan pertanyaan Parlimen, ulasan memorandum Jemaah Menteri dan maklum balas keputusan kabinet dalam masa yang ditetapkan oleh stakeholders/pelanggan.
  • Aktiviti Utama Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

    Perancangan Strategik
    Merangka dan memantau perkembangan aktiviti yang telah dirancang di dalam Pelan Perancangan Strategik SPA setiap 5 tahun.

    Sasaran Kerja Tahunan
    Menyelaras sasaran kerja tahunan SPA dan menjadi urus setia kepada Mesyuarat Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan.

    Urusan Parlimen
    Mengurus dan menyelaras setiap pertanyaan lisan dan bukan lisan semasa Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

    Kajian
    Mengkaji dan menyelaras kajian-kajian yang berkaitan tentang dasar-dasar SPA.

Continue reading

Oktober 2019 Aktiviti 3

  • Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia

PUTRAJAYA 17 Okt ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menerima kunjungan hormat, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Puan Roselindawati Abdul Rahman di Putrajaya, semalam. Satu sesi perbincangan telah diadakan yang turut dihadiri Setiausaha SPA En Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Ghazali Hizam dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Your message here