Accessibility Tools

Skip to main content

Urus Setia Sabah

Urus Setia Sabah

  • Objektif

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Urus Setia Sabah adalah bertanggungjawab kepada urusan pengambilan dan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah. Urus Setia melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberi khidmat nasihat berkenaan peluang - peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan urusan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah.

  • Fungsi

    Fungsi urus setia ini sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan di bawah perkara 144 dan 144(1), merangkumi perkara seperti berikut:-

    1. Melantik.
    2. Mengesahkan dalam perkhidmatan.
    3. Kemasukan ke dalam jawatan berpencen.

    Urus Setia juga mengendalikan urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

  • Piagam Pelanggan

    • Mengurus Urusan pengambilan untuk mengikuti latihan dan tawaran ke jawatan tetap bagi jawatan separa perubatan dalam tempoh 8 minggu
    • Menguruskan urusan perkhidmatan seperti Pengesahan Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Penetapan Gaji Pemulaan dalam tempoh 6 minggu
    • Mengurus urusan Peperiksaan Dalam Perkhidmatan dan Peperiksaan Pra Perkhidmatan mengikut Jadual seperti di Kalender Peperiksaan Tahunan di samping menjaga keselamatan kertas soalan dan kertas jawapan peperiksaan
  • Aktiviti Utama Bahagian Dasar dan Perancangan

    Pengambilan

    • Melaksanakan Pengambilan pelatih Separa Perubatan (Taraf Sijil dan Diploma).
    • Menguruskan temu duga pelbagai jawatan bagi pengambilan di bawah bidang kuasa SPA Malaysia.
    • Menyediakan kertas Pertimbangan Setiausaha.
    • Mengeluarkan surat panggilan temu duga.
    • Mengeluarkan surat keputusan temu duga kepada calon berjaya dan simpanan (hanya bagi calon temu duga Latihan Separa Perubatan).
    • Mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada pelatih Separa Perubatan (Sijil dan Diploma) yang tamat latihan.
    • Menjalankan urusan naziran pengambilan ke Kementerian/Jabatan Persekutuan di Sabah.

    Perkhidmatan

    • Melaksanakan urusan Pengesahan Lantikan dalam tempoh 4 minggu.
    • Menguruskan urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan tempoh Percubaan, Penetapan Gaji Masuk dan Pemberian Taraf Berpencen.
    • Menguruskan urusan Penamatan Perkhidmatan.
    • Menjalankan naziran perkhidmatan ke Kementerian/Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah.
    • Mengemaskini dan penyenggaraan maklumat di dalam sistem MIS and eSPDM.

    Peperiksaan

    • Mengurus dan melaksanakan aktiviti Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
    • Menguruskan aktiviti peperiksaan yang ditetapkan di dalam kalandar tahunan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia.
    • Menguruskan taklimat Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia di pelbagai Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Sabah.

Continue reading

November 2019 Aktiviti 1

  • Seminar Perancangan Strategik 2020 (SPS 2020) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Pada 5 November 2019 (Selasa), bertempat di Hotel The Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor telah berlangsung Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Mohd Sallehuddin bin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Mesyuarat juga disertai oleh 213 orang pegawai yang mewakili 93 Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri.

Objektif penganjuran mesyuarat tersebut adalah untuk menyelaras isu-isu berkaitan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib bersama semua wakil Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri yang berada di bawah bidang kuasa SPA.

Pada mesyuarat tersebut, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman turut menyempurnakan pelancaran Buku Tatacara Tindakan Tatatertib. Penerbitan buku tersebut adalah sebagai panduan kepada Pengurus Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri dalam menguruskan urusan tindakan tatatertib. Sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan seperti berikut:

i. Rang Undang–Undang Perkhidmatan Awam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA);

ii. Tahap Integriti Penjawat Awam dan Langkah Penyelesaian oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC);

iii. Pengurusan Perkhidmatan Pegawai Perubatan Siswazah: Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan Di Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan

iv. Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Berkaitan Tindakan Tatatertib Berdasarkan Kes-Kes Rayuan oleh SPA.

Semoga dengan penganjuran mesyuarat ini, akan menjadi platform antara pihak SPA dengan semua Kementerian/Jabatan/Agensi dan PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI dalam menyelaras isu-isu berkaitan, sekali gus membantu merealisasikan ekspetasi Kerajaan untuk meningkatkan budaya kerja berprestasi tinggi.

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 16 Mac ----- Tan Sri Arpah Mempengerusikan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 1/2017 Di Akademi JPJ

MELAKA, 15 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 1/2017 yang diadakan di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Ayer Molek Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Terdahulu ketibaan YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah disambut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Nadzri Siron. Satu sesi taklimat mengenai JPJ juga turut disampaikan oleh beliau sejurus tamat Mesyuarat Khas Suruhanjaya. MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 10

  • Majlis Pelancaran Usahasama Bank Rakyat Dan S.P.A


    SPA 22 Oktober ------- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Usahasama Pintar Bersama Bank Rakyat bertujuan menggalakkan penjawat awam agar membuka akaun dan menikmati kemudahan yang disediakan di bank berkenaan. Majlis yang diadakan di Dewan temu duga S.P.A itu telah dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sabaruddin Chik . Bank Rakyat juga turut melancarkan Kad ATM Rakan Pintar dan penyerahan Kad ATM kepada YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Terdahulu dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sabaruddin Chik, beliau mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mahmood Adam atas kerjasama tersebut dan berharap pelanggan yang akan membuka akaun bank berkenaan akan bertambah. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut merasmikan Mesin ATM Bank Rakyat yang ditempatkan di Aras 1, Blok C7, Kompleks C untuk kemudahan orang ramai dalam urusan pengeluaran wang tunai. Satu sesi sidang media turut di adakan sejurus selepas majlis. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 3 Dis : Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

    MELAKA, 3 Dis ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Air Keroh, Melaka. Turut hadir dalam kunjungan hormat Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir.  ------  SPKP/MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 16 Mac : Karnival Kerjaya SPA

MELAKA, 16 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Karnival Kerjaya & Outreach SPA 2017 yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Haron, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Seri Haji Naim Bin Abu Bakar, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Zainal Bin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan SPA dan wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan. Selain booth pameran dari pelbagai agensi/jabatan kerajaan, SPA juga turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online yang disediakan secara percuma kepada orang ramai, kaunter semakan status permohonan dan juga taklimat kerjaya serta panduan menghadapi temu duga. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang disediakan kepada orang ramai yang hadir di antaranya adalah seperti kempen derma darah, perkhidmatan klinik pergigian bergerak, pembaharuan lesen kenderaan dan pembaharuan kad pengenalan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 4 Dis : S.P.A terima kunjungan pelajar-pelajar UiTM

    PUTRAJAYA, 4 Dis ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini menerima kunjungan pelajar akhir Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka. Satu sesi taklimat kerjaya telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. S.P.A juga turut menerima kunjungan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus Kluang Johor, semalam.  ------  SPKP/MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 23 Mac : Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

PUTRAJAYA, 22 Mac ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan kerja daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, semalam. Delegasi yang diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Mohd @ Daik Ngah turut diiringi oleh Setiausaha dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengerusi SPA Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia dan sistem-sistem online yang digunakan oleh SPA telah disampaikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Zainal Abidin Ahmad.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Your message here