Accessibility Tools

Skip to main content

Disember 2019 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 5 Dis ----- Ahli Suruhanjaya Baharu

PUTRAJAYA, 4 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut ialah Dato' Dr. Haji Azman Abu Bakar dan Dr. Mohamad Zainuddi Mat Taib. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato' Rohana Yusuf dan disaksikan oleh Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said di Istana Kehakiman, semalam. Turut mengiringi, Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. Seterusnya Ahli-Ahli Suruhanjaya mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 2

  • SPA Berjaya Mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2008

    S.P.A, 3 September ------   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah berjaya megekalkan Sijil MS ISO 9001:2008 dalamAudit pematuhan MS ISO 9001:2008 oleh Syarikat Intertek Certification International Sdn. Bhd (dahulunya dikenali sebagai Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd.) yang dijalankan pada 2 dan 3 September 2013 di SPA Putrajaya, Urus Setia SPA Cawangan Sabah dan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak. Berita baik tersebut telah diumumkan oleh YBhg. Dato’ A.Aziz Mat iaitu Ahli Lembaga Pensijilan Syarikat Interlek Certification International Sdn.Bhd dalam satu Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya semalam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sijil MS ISO 9001:2008 ini adalah meliputi Urusan Pengambilan, Urusan Perkhidmatan serta Khidmat Pengurusan dan Kepuasan Pelanggan. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Datuk Ramli Juhari, beliau berterima kasih kepada warga SPA yang menjalankan tugas dengan sempurna sehingga berjaya memperoleh sijil tersebut. Beliau juga berharap supaya warga SPA akan terus menjalankan tugas-tugas dengan lebih cemerlang. ------  MediaSPA

 

Continue reading

Februari 2014 Aktiviti 9

  • Mesyuarat Suruhanjaya bil. 5 bagi Tahun 2014  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 280 orang dan seramai 936 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 41 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu, Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
 
 
 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 16 Dis : S.P.A Tempat Ke Dua Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2015

    PUTRAJAYA, 16 Dis ------ Inisiatif Inovasi Exam Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) mendapat tempat kedua Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2015 dan membawa pulang wang tunai 100 ribu ringgit serta sijil penghargaan. Hadiah disampaikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa kepada Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pada majlis AISA 2015 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) petang tadi. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Tempat pertama Anugerah AICC dimenangi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Manakala Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dimenangi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Arkib Galeri

Continue reading

Mei 2017 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 2 Mei ----- Pengerusi SPA Rasmi Karnival SPA 2017

PUTRAJAYA, April ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Karnival SPA 2017 di Putrajaya pada Jumaat lepas. Karnival tahunan anjuran Persatuan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA) yang akan bermula pada bulan Mei hingga September 2017 ini ialah program bermanfaat bertujuan manggalakkan warga SPA aktif dalam program-program riadah di samping menjalankan tugas seharian. Antara program yang dirancang adalah Hari Sukan SPA, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Tulisan Khat, Forum Perdana, Telentime SPA dan Pertandingan Nasyid. Terdahulu dalam ucapan sempena perhimpunan bulanan SPA yang bertemakan “Fit SPA” ialah inisiatif dan usaha kita ke arah menjadi warga kerja yang sihat ketahanan fizikal dan mental. Menurutnya lagi, warga SPA juga perlu sentiasa mengekalkan kebersihan diri dan persekitaran untuk menghindari sebarang penyakit serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih supaya kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan negara adalah sentiasa terjamin. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta warga SPA. MediaSPA

 
 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 3

  • One Stop Centre S.P.A

    S.P.A, 3 September ------   Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan ke Bilik Operasi “One Stop Centre S.P.A” . Bilik yang menempatkan Pegawai Khidmat Pelanggan dan pegawai-pegawai dari bahagian yang kerap menerima panggilan telefon ini diwujudkan bertujuan untuk menjawab pertanyaan daripada pelanggan melalui panggilan telefon. Antaranya mengenai semakan permohonan online, status permohonan, urusan peperiksaan dan urusan temu duga. Bilik Operasi “One Stop Centre S.P.A” ini merupakan idea YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dalam usaha penambahbaikan sistem telefon di S.P.A bagi mempercepatkan perkhidmatan telefon daripada pelanggan yang ingin mendapatkan jawapan daripada pegawai-pegawai S.P.A. Dalam ucapan di Majlis Perutusan Khas Sempena Bulan Kemerdekaan 2013 pada Jumaat lepas, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam menyatakan S.P.A akan mencari kaedah yang lebih pantas untuk menjawab panggilan telefon dari pelanggan berbanding cara yang digunakan pada masa kini. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Arkib Video

  • YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A dalam Program "Lanskap" di TV1
    Sila klik pautan berikut :

  • Video Temubual Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam Di Dtube TV
  • Montaj Pelancaran Karnival Kerjaya SPA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis
  • Video Ucapan YAB Perdana Menteri di Majlis Makan Malam SPA Bersama YAB Perdana Menteri
  • Video Ucapan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Majlis Makan Malam SPA Bersama YAB Perdana Menteri
  • Montaj Pelancaran Sistem Pengambilan Secara Profiling [MyRecruitment] Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Montaj Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • E-Book Koleksi Gambar Imbasan 2009 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Video Korporat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Continue reading

Mei 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 4 Mei ----- Jelajah CSR PPTD

PUTRAJAYA, April ----- Wakil SPA Ismawira Amin Ismail telah berjaya menamatkan konvoi Jelajah CSR PPTD : Misi Al-Quran Braille, Putrajaya - Bangkok 2017 yang bermula pada 26 April hingga 1 Mei 2017. Konvoi ini melibatkan perjalanan sejauh 3000km dengan penglibatan seramai 50 orang sukarelawan dan 15 kenderaan. Majlis pelepasan konvoi dari Putrajaya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 26 April 2017 di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. Sejumlah 100 buah set Al-Quran Braille (600 kotak), 150 buah Braillet, 70 buah Al-Quran biasa, 170 buah buku bahasa Inggeris, telekung, kain pelikat dan sumbangan derma tunai telah berjaya disampaikan kepada 3 buah Masjid di Malaysia, 5 buah Masjid di Bangkok, 9 buah Masjid di seluruh Pathumthani, 1 Madrasah di Chiang Mai dan 2 buah Pejabat Perwakilan Kerajaan Malaysia di Thailand. SPA mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wakil SPA atas usaha murni tersebut yang telah turut sama mengharumkan nama SPA dalam kerja-kerja kebajikan dan kesukarelaan . MediaSPA

 
 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 643 orang dan seramai 996 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 43

  • "KIK Juga Adalah Salah Satu Pendekatan Transformasi" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 27 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah juga salah satu pendekatan transformasi sebagai mana yang dimahukan oleh kerajaan. Katanya lagi dengan KIK inilah perubahan pasti akan berlaku untuk menambah baik sesebuah jabatan bagi memudahkan rakyat berurusan. Beliau berkata demikian di majlis Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2014 di Putrajaya, pagi tadi. Turut hadir Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Sebanyak lapan (8) kumpulan dari Bahagian di S.P.A bertanding dan diadili oleh juri dari Jabatan Veterinar Putrajaya iaitu Dr. Wan Mohd Kamil Wan Nik dan Hamizie Ibrahim dari pejabat Tanah dan Galian negeri Kedah. Keputusan KIK akan diumumkan pada hari Inovasi SPA 2014 Disember ini.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2015 Aktiviti 20

  • Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya Di Kuala Lumpur

    KUALA LUMPUR, 26 Feb ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mempengerusikan mesyuarat Pra Suruhanjaya di pusat temu duga S.P.A Jalan Cenderasari Kuala Lumpur. Mesyuarat yang bermula sebentar tadi turut dihadiri Setiausaha Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan. Terdahulu ketibaan Tan Sri Mahmood disambut oleh Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Your message here