Accessibility Tools

Skip to main content

Februari 2015 Aktiviti 12

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 6 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 6/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,344 orang dan seramai 828 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat belas (14) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 8 Dis : Mesyuarat Suruhanjaya Bil 41/2015

    LANGKAWI, 7 Dis ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 41/2015 di Langkawi International Convention Centre (LICC), semalam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak . Hadir sama, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, serta pegawai-pegawai kanan.  ------  SPKP/MediaSPA

 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 28 Mac : Temuduga PTD Bermula Hari Ini

KUANTAN, 28 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan sesi temu duga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 bagi pengambilan tahun 2017 yang bermula pada hari ini sehingga 27 April 2017. Sesi temu duga PTD pada kali ini melibatkan sebanyak 11 Lembaga Temu Duga (LTD). Seramai 2,602 calon telah layak untuk dipanggil menghadiri temu duga setelah lulus dalam peperiksaan secara online dan Program Assessment Centre (PAC) PTD yang diadakan pada bulan Januari yang lalu. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah menjalankan sesi temu duga PTD bertempat di Pusat Temu duga SPA Kuantan, Pahang. ------ MediaSPA

Continue reading

November 2014 Aktiviti 36

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 357 orang dan seramai 953 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 8 Dis : Lawatan Kerja S.P.A Ke Jabatan Laut Wilayah Utara

    LANGKAWI, 8 Dis ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Laut Wilayah Utara di Langkawi semalam. Rombongan yang di ketuai oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak serta Ahli-Ahli Suruhanjaya turut diberi taklimat oleh Timbalan Ketua Pengarah Laut, Dato’ Rossid Musa. Rombongan seterusnya dibawa melawat di sekitar Pulau Langkawi dengan menaiki bot Jabatan Laut Malaysia.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2019 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 13 Nov ----- Pengerusi SPA Merasmikan Hari ICT SPA dan Pelancaran Kios Pendaftaran Temu Duga

PUTRAJAYA 11 Nov ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah merasmikan pelancaran Hari ICT SPA 2019 dan Kios Pendaftaran Temu Duga di Putrajaya. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pengerusi SPA juga turut menyampaikan Piala Pusingan Audit Pematuhan/Peraturan ICT (Bahagian) tahun 2019 kepada Bahagian Pengambilan Khas. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 12

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,074 orang dan seramai 1,712 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 17 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 13

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 37 BAGI TAHUN 2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.

    Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,272 orang dan seramai 1,147 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.

    Manakala, 19 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan enam (6) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 

 
 

Continue reading

Februari 2015 Aktiviti 14

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 7 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 415 orang dan seramai 624 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. 

 

Continue reading

Arkib Piagam Pelanggan

Arkib Piagam Pelanggan

Continue reading

Mac 2017

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 14

  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Surat Tawaran Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam


    KUCHING, 30 Oktober ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan surat tawaran pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Majlis yang diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Kuching, Sarawak semalam turut dihadiri oleh Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Turut hadir wakil pegawai dari Kementerian dan Jabatan Negeri Sarawak. Seramai 122 orang calon telah hadir untuk menerima surat tawaran bagi jawatan Juruaudit Gred W41, Jururawat Gred U29, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27, Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred J29, Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 dan Pegawai Bomba Gred KB17. -----  MediaSPA

 

 
 
 

Continue reading

Your message here